Monday, January 18, 2010

NASIHAT BUAT DIRIKU DAN SAHABAT







  • Allah Ta’ala berfirman ”Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara” QS Al-Hujurat : 10
  • Allah Ta’ala berfirman ”Dan aku memberi nasihat kepadamu” QS Al-A’raf : 62
  • Allah Ta’ala berfirman ”Dan aku hanyalah pemberi nasihat yang terpercaya bagimu” QS Al-A’raf : 68

1. Dari Abu Ruqayyah Tamin bin Aus Ad-Daariy ra., ia berkata : “Nabi SAW bersabda : “Agama itu adalah nasihat. “Kami bertanya: ‘Bagi siapa?: Belaiu bersabda : “Bagi Allah, kitab- Nya, Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin umat Islam dan umat Islam pada umumnya.” (HR. Muslim).

2. Dari Jarir bin Abdullah ra., Ia berkata : “Saya berbai’at kepada Rasulullah SAW untuk senantiasa mengerjakan shalat, menunaikan zakat dan memberi nasihat kepada sesama muslim.” (HR Bukhari dan Muslim).

3. Dari Anas ra., dari Nabi SAW, beliau bersabda : “Tidaklah sempurna iman seseorang di antara kalian sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (HR Bukhari dan Muslim).

Sunday, January 17, 2010

BANYAKAN USRAH KUATKAN DAKWAH



Usrah dan Dakwah_______________________
1
Usrah & Dakwah
oleh Al-Imam Hassan Al-Banna
Usrah dan Dakwah_______________________
2
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
LANDASAN
الَّذِینَ یُبَلِّغُونَ رِسَالَاتِ اللَّهِ وَیَخْشَوْنَهُ وَلَا یَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلَّا اللَّهَ وَآَفَى بِاللَّهِ حَسِيبًا
(39)
“Orang-orang yang menyampaikan risalah Tuhannya (Allah) dan takut hanya kepadanya tidak kepada
lainnya, cukuplah Allah sebagai Pengira segala Amal dan makhluknya.”
( Al-Ahzab:39)
قُلْ إِنَّمَا أَعِظُكُم بِوَاحِدَةٍ أَن تَقُومُوا لِلَّهِ مَثْنَى وَفُرَادَى ثُمَّ تَتَفَكَّرُوا مَا بِصَاحِبِكُم مِّن
( جِنَّةٍ إِنْ هُوَ إِلَّا نَذِیرٌ لَّكُم بَيْنَ یَدَيْ عَذَابٍ شَدِیدٍ ( 46
Katakanlah !
Hanya sebuah wasiatku kepadamu, yalah, kamu akan menghadap kepada Allah berdua-dua dan sendiri
sendiri. Kemudian renungkanlah dalam-dalam. Tidak ada sifat gila pada sahabat kamu itu (Muhammad).
ía hanyalah seorang pembawa peringatan buat kamu dihadapan adzab yang pedih.
Katakanlah!
( قُلْ مَا سَأَلْتُكُم مِّنْ أَجْرٍ فَهُوَ لَكُمْ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى اللَّهِ وَهُوَ عَلَى آُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ ( 47
Upah yang kuharapkan dari kamu adalah buat kamu. Balasan jasa buatku terserah kepada Allah, kerana
ia menyaksikan segala sesuatu.
Katakanlah!
( قُلْ إِنَّ رَبِّي یَقْذِفُ بِالْحَقِّ عَلَّامُ الْغُيُوبِ ( 48
Sesungguhnya Tuhanku yang Maha mengetahui perkara ghaib mewahyukan kebenaran kepadaku.
Katakanlah!
( قُلْ جَاء الْحَقُّ وَمَا یُبْدِئُ الْبَاطِلُ وَمَا یُعِيدُ ( 49
Telah datang kebenaran, dan kebathilan tidak bisa memulai sesuatu buat mengalahkan kebenaran dan
tidak bisa mengembalikannya.
Katakanlah!
( قُلْ إِن ضَلَلْتُ فَإِنَّمَا أَضِلُّ عَلَى نَفْسِي وَإِنِ اهْتَدَیْتُ فَبِمَا یُوحِي إِلَيَّ رَبِّي إِنَّهُ سَمِيعٌ قَرِیبٌ ( 50
Jika aku sesat, maka kesesatan itu buat diriku sendiri, dan jika aku terpimpin, maka itulah wahyu dan
Tuhanku, sesungguhnya Ia Maha Mendengar, yang dekat.
( Saba’: 46-50 )
Usrah dan Dakwah_______________________
3
ENAM PEGANGAN
1. Agama hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkan dia dalam dirinya.
2. Bahagia dan sa’adah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.
3. Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat
menahankan penderitaan dan kepapaan.
4. Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada Mukmin yang mendekatkan dirinya
kepada Allah s.w.t.
5. Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan, kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan dan
perjuangan.
6. Belajarlah menfanakan diri guna kepentingan Cita dan Agama.
Inilah perutusanku kepada saudara-saudara para Mujahidin didalam “Ikhwan Muslimin” yang
beriman kepada kemuliaan Dakwah mereka, beriman kepada kesucian Fikrah (Falsafah Hidup) mereka, dan
sungguh sungguh berazam hendak sehidup dan semati dengan Dakwah serta Fikrah mereka: kepada hanya
saudara saudara tertentu inilah sahajalah saya mengemukakan kata-kata yang rengkas ini iaitu kata-kata
yang herupa arahan-arahan (directives) yang mesti ditunaikan bukan mata pelajaran yang dihafadz dibibir
mulut. Oleh itu marilah segera kearah “bekerja” wahai saudara saudara Saduqun, dan segala amalan kamu
itu akan dibuktikan oleh Allah, RasulNya, dan oleh orang-orang Mukminin, dan kamu sekalian akan
dikembalikan kelak kepada Tuhan Maha Mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi dan yang nyata lalu
diterangkannya kepada kamu apa-apa yang telah kamu “Kerjakan”.
Sebenarnya: “ini ialah jalanku yang lurus, maka hendaklah kamu mengikutnya dan janganlah kamu
mengikut jalan-jalan yang lain kelak dikelincungkannya kamu dan jalan Allah; itulah amanat yang
diwasiatkan nya kepada kamu mudah-mudahan kamu terpelihara.”
Adapun selain dan para “Mujahidin” tadi, maka untuk mereka sudah pun ada berbagai-bagai
pelajaran, ceramah, kitab, rencana tulisan, tanda lambang, Jabatan, dan masing-masing dengan
kesanggupannya, maka berlumba-lumbalah ke arah kebajikan sedang Allah menjanjikan kebaikan kepada
setiap pihak.
DARIHAL “USRAH” Hassan al-Banna
1. Sesungguhnya Islam memandang sangat mustahak untuk membentuk ikatan-ikatan perpaduan
untuk penganut-penganutnya. Ikatan-ikatan ini dinamakan “Usrah” atau “Keluarga” Dengan terbentuknya
apa yang dinamakan “Usrah” atau “Keluarga” seperti itu akan dapatlah dipimpin penganut-penganut Islam
tadi ke arah contoh-contoh pujaan yang tinggi, dan dapatlah pula diperkuatkan ikatan-ikatan yang ada pada
mereka, bahkan akan dapatlah dipertinggikan mutu “Ukhuwah” atau “Persaudaraan” di antara sesama
mereka sendiri; iaitu dengan jalan membawa contoh-contoh pujaan dan persaudaraan itu dan peringkat
bualan dan pandangan teori kepada peningkat perbuatan dan amalan. Oleh itu, saudara sendiri juga
hendaklah turut memandang berat serta bersedia untuk menjadi batu-bata yang sihat lagi berguna kepada
bangunan keluarga bentukan yang mulia ini; iaitu “Usrah Islamiah” atau “Keluarga Islam”.
2. Rukun ikatan “Usrah” ini tiga perkara yang mana hendaklah saudara memelihara serta
mengambil berat untuk bersungguh-sungguh menjayakannya supaya ikatan “usrah” tersebut tidaklah
semata-mata menjadi suatu beban yang tidak mempunyai sebarang erti. Tiga rukun tersebut ialah:
(1) Berkenalan; (2) Bersefahaman; dan (3) Berseimbangan.
3. Erti Berkenalan: “Berkenalan” di antara satu sama lain ialah rukun yang pertama bagi pengertian
“Usrah”; Oleh itu “ta’aruf” saudara-saudara hendaklah berkenal kenalan serta berkasih sayang dengan
semangat cinta kepada Agama Allah, dan hendaklah saudara-saudara menyedari serta memahami
pengertian hakikat “ukhuwah” (persaudaraan) sejati di antara sesama saudara saudara sendiri. Saudarasaudara
hendaklah berusaha bersungguh-sungguh supaya jangan ada apa pun juga yang boleh
mengerohkan perhubungan “ukhuwah” itu. Ini boleh saudara-saudara lakukan dengan jalan sentiasa
menjunjung titah perintah firman-firman Allah dan hadith-hadith Rasul, bahkan dengan jalan menjadikan
firman-firman dan hadith-hadith itu perkara perkara yang wajib diutamakan ke atas perkara-perkara yang
lainnya.
Usrah dan Dakwah_______________________
4
4. Firman Tuhan:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ
ertinya: (orang muslim ialah saudara bagi)
واعتصيموابحبلالله جميعا ولا تفرقوا
ertinya: (dan berpeganglah dengan tali Allah dalam ertikata kasih sayang mereka, dalam semuanya dan janganlah
kamu berpecah-belah)
5. Hadith Nabi:
المؤمن للمؤمن آالبنسان یشدبعضه بعضا
ertinya: (orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana banggunan yang sebahagianna memperkuatkan sebahagian
yang lain)
المسلم اخ اامسلم لا یظلمة ولا بسلمه
ertinya: (orang muslim ialah saudara bagi muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak juga membiarkannya)
مثل الؤمنين قي توادّهم ونراحمهم وتعاطفهم آمثل الجسدالواحد
ertinya; (Perbandingan orang-orang mukmin dalam ertikata kasih saying mereka, dalam perasaan belas kasihan
mereka, dan dalam persimpatian mereka adalah laksana badan yang satu)
6. Malangnya, perintah-perintah Tuhan dan arahan-arahan Rasul itu, dalam zaman kebelakangan selepas
angkatan pertama dan zaman perkembangan Islam dahulu, telah berubah menjadi hanya cakap-cakap
kosong dikalangan orang-orang Islam sendiri dan ianya tidak lebih dan angan-angan sahaja. Tetapi,
walaubagaimana, apabila angkatan kita “ikhwan muslimin” muncul maka baharulah saudara-saudara
sempat membuktikan erti hakikat “Ta’aa-ruf” atau “Berkenalan” tadi secara amalan, malah saudara-saudara
ikhwan kita mencuba berkali-kali melaksanakan dasar “ta’aaruf” itu dikalangan masyarakat kita; saudarasaudara
juga membuktikan keazaman yang kuat untuk mencantum semula umat kita dengan berpandu
kepada semangat cinta kepada Allah dalam bentuk “ukhuwah Islamiah”. Oleh itu, saya mengambil peluang
mengucapkan tahniah sekiranya benar saudara-saudara sudah berazam begitu, malah saya berharap
begitulah hendaknya yang saudara-saudara azamkan dan Allah jualah yang akan memberi taufiknya
kepada saudara saudara sekelian.
7. Bersefahaman: Rukun yang kedua bagi “Peraturan”, atau susunan “Usrah”, ini ialah “Ta-faa-hum” atau
“Bersefahaman”: oleh itu, saudara-saudara hendaklah selama-lamanya berpegang dengan “Kebenaran”;
iaitu dengan jalan mengerjakan apa-apa yang diperintah Allah dan merentikan apa-apa yang dilarangnya
dan saudara-saudara juga hendaklah memeriksa diri sendiri dengan sehalus-halusnya samada saudara
saudara benar taat kepada perintah Allah atau pun terlibat ke dalam anna kederhakaan. Setelah memeriksa
diri sendiri, saudara-saudara hendaklah pula nasihat menasihati di antara satu sama lain apabila kelihatan
sesuatu “cacat”.
8. Dalam soal nasihat menasihati ini hendaklah saudara yang diberi nasihat itu bersedia serta sanggup
menerima nasihat dan saudaranya tadi dengan sukacita dan gembira dan memberi terimakasih atas
nasihatnya itu.
Saudara yang memberi nasihat itu pula janganlah berubah hati terhadap saudaranya yang “tersilap”
tadi walau pun perubahan perasaan hati itu sejarak sehelai rambut sekalipun.
9. Nasihat-nasihat hendaklah diberi dengan cara yang baik dengan tidak memandang rendah terhadap
saudara yang dinasihatinya itu. Orang yang memberi nasihat janganlah menganggap dirinya lebih mulia
bahkan ia hendaklah memberi nasihat dengan cara tidak melahirkan terang-terangan akan kesilapan
saudaranya itu kira-kira selama sebulan dengan tidak pun menceritakan segala kecacatan yang telah pun
diperhatinya pada “Ketuanya” (Ketua Usrah). Ia hendaklah menceritakan hal itu kepada “Ketua Usrah” jika
ia rasa tidak berdaya memperbaikinya. Dalam apa hal sekalipun, iaitu janganlah sekali-kali merasai tawar
hati terhadap saudaranya yang “silap” tadi malah hendaklah ia tetap memberi kasih sayang terus menerus
kepadanya sehinggalah Allah melakukan apa-apa perubahan yang dikehendakinya.
Usrah dan Dakwah_______________________
5
10. Dalam semua hal seperti yang dibentangkan tadi, saudara yang diberikan nasihat pula janganlah
menunjukkan kedegilan dan sikap keras kepalanya malah ia janganlah berubah hati walau sejarak rambut
sekali pun terhadap saudaranya yang memberi nasihat tadi; hendaklah difaham bahawa martabat “kasih
sayang” kerana Allah itu adalah setinggi-tinggi martabat bagi pengertian “kasih sayang” di kalangan umat
manusia, manakala “nasihat” itu pula adalah satu-satunya dasar yang amat penting di dalam ugama Islam.
Rasul bersabda- (ad dii-nun na-sii-hah) ertinya: (Ugama itu adalah nasihat). Oleh itu, perhatikanlah dalamdalam
— mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada kamu — perhatikanlah dalam- dalam akan
pengajaran yang mulia di dalam hadith Rasul tadi, mudah-mudahan Allah selamatkan saudara-saudara di
antara sesama saudara-saudara sendiri, dan semoga Allah perkokohkan susunan saudara-saudara dengan
berkat ta’at saudara-saudara kepadaNya; dan semoga Allah elakkan kita dan saudara-saudara semua
danipada tipu-daya syaitan.
11. Bersaimbangan: “Bersaimbangan” atau (ta-kaa ful) ialah dasar memelihara nasib sesama sendiri supaya
jangan ada orang yang terbiar atau terlantar; oleh itu saudara-saudara hendaklah mengamalkan dasar
“takaful” ini dengan cara yang bersungguh-sunggul untuk bersama-sama menolong memikul bebanan
sesama sendiri. Dasar “Bersaimbangan” atau “takaful” ini merupakan tunjang iman dan inti-sari
“ukhuwah” sejati. Untuk mengamalkan rukun “Bersaimbangan” ini, saudara- saudara hendaklah sentiasa
bertanya khabar sesama sendiri, ziarah menziarah, dan berganti ganti membuat kebajikan dengan jalan
segera menolong di antara satu sama lain sedaya upaya. Perhatikan sabda Rasul:
لان یمشي احدآم في حاجة اخيه خيرله من ان یعتكق في مسجدي هذاشهرا
Ertinya: (Kalau seseorang dan kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baginya daripada ia
ber ‘iktikaf sebulan di masjidku ini.)
Dalam suatu sabdanya yang lain, Rasul berkata yang ertinya: (Barang siapa memberi kesukaan
kepada keluarga sesebuah rumah orang muslim nescaya tidak lain yang dibalas Allah melainkan dengan
syurga).
Mudah-mudahan Allah padukan saudara-saudara sekelian dengan pertolongannya sendiri; kerana
Allah itulah sebaik-baik Pengawal dan sebaik-baik Pembantu.
12. Wahai Saudara-saudara Ikhwan:
Jika saudara-saudara faham maksud di dalam “kewajipan-kewajipan” yang dihadapan saudara saudara,
dan di dalam “kerja-kerja” yang dihadapan saudara-saudara, jika saudara-saudara mengerjakannya maka
disitulah terletaknya segala sesuatu yang boleh menjayakan rukun-rukun “Ber-Usrah” tadi. Oleh itu,
saudara-saudara hendaklah sentiasa menyemak tugas tugas yang bercorak “tugas tolong-menolong” dan
tiap-tiap ahli “ikhwan” hendaklah memeriksa dirinya sendiri untuk melaksanakan “kewajipan-kewajipan”
tersebut.
13. Selain dan itu, hendaklah tiap-tiap “ikhwan” itu benar-benar menghadiri pertemuan-pertemuan yang
telah dijadualkan walau bagaimana uzur sekalipun, kemudian hendaklah ia segera menunaikan
kewajipannya untuk “Tabung Usrah” atau (Sun-duu-qul-Usrah) iaitu cawangan “Usrah” yang ia sendiri
menjadi ahlinya sehingga dengan demikian hendaknya janganlah sampai ada ahli yang tidak menunainya.
Sebenarnya, apabila saudara dapat menunaikan kewajipan-kewajipan yang bersifat perseorangan,
kemasyarakatan, dan kewangan seperti yang tertera tadi maka tidak syak lagi rukun-rukun “Usrah” kita ini
akan terlaksana dengan jayanya. Akan tetapi, sebaliknya, jika saudara-saudara mencuaikannya maka segala
rukun dan peraturan tersebut sudah tentu akan beransur-ansur mundur dan akhirnya terus mati; dan
dengan matinya “Peraturan Usrah” yang baik ini akan rugilah gerakan “Dakwah” ini kita serugi-ruginya.
Perlu ditegaskanbahawa gerakan “Dakwah” kita ini amatlah dikehendaki dan menjadi tempat harapan bagi
umat Islam seluruhnya.
14. Banyak juga di antara saudara-saudara “Ikhwan” kita bertanya: “Apakah yang hendak dibuat di dalam
pertemuan-pertemuan kita tiap-tiap minggu selaku sebuah “Usrah” menurut susunan dan peraturan ini?”
Perkara ini mudah sahaja; kerana alangkah banyaknya kewajipan kita sedangkan masa kita terlalu sedikit;
oleh itu pertemuan-pertemuan mingguan kita hendaklah dipenuhkan dengan perkara-perkara yang berikut:
15. Perkara (1): Membentangkan Kesulitan:
Tiap-tiap seorang “ikhwan” hendaklah membentangkan kesulitan-kesulitannya, kemudian saudara saudara
yang lain turut mengambil berat untuk tolong mengatasi kesulitan-kesulitan itu; dan ini hendaklah
Usrah dan Dakwah_______________________
6
dilakukan di dalam suasana “ukhuwah” yang sejati dan dengan niat yang sebenar-benar ikhlas kerana
Allah. Dengan demikian dapatlah diperkuatkan lagi asas “saling percaya mempercayai” seperti mana juga
dapat diperkukuhkan tali hubungan “ukhuwah”. Rasul bersabda:
المؤمن مراّة اخيه
Ertinya: (Orang mu’min itu cermin bagi saudaranya).
Dengan demikian kita berharap semoga tercapailah sedikit sebanyak hikmat yang tersaji di dalam
hadith Rasul yang berbunyi:
مثل المومنين قي توادّهم وتراحمهم وتعاطقهم آمثل. الجيد الواحد. اذااشتكه منه
عصؤتداعي له سائرالجسد بالشهروالحمي
Ertinya:
(Perbandingan orang-orang mukmin dalam erti kata kasih sayang mereka, dalam ertikata belas kasihan mereka sesama
mereka, dan dalam erti kata timbang rasa simpati mereka adalah laksana badan yang satu; iaitu apabila mana-mana
anggota mengadukan hal maka turut menanggunglah seluruh badan dengan berjaga malam dan merasai demam).
16. Perkara (2): Bermuzakarah:
Hendaklah saudara bermuzakarah iaitu bertukar tukar fikiran mengenai urusan-urusan Islam; hendaklah
menatap risalah-risalah arahan dan taklimat yang diedarkan oleh Pucuk Pimpinan kepada seluruh
cawangan “Usrah”. Dalam satu-satu pertemuan “Usrah” janganlah ada sebarang pertengkaran atau
bertikam lidah atau sikap menengking herdik kerana semuanya adalah dikira “haram” menurut Undang
undang Usrah. Muzakarah hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar
batas-batas sopan santun yang sempurna dan dengan cara harga-menghargai fikiran yang datang semua
pihak yang mengambil bahagian di dalam muzakarah itu. Apabila hendak ditutup satu-satu perbincangan,
atau hendak dibuat keputusan mengenai apa-apa cadangan, atau hendak di penjelasan lanjut mengenai
cadangan yang sedang ditimbangkan itu, maka perkara itu hendaklah diserahkan kepada “Ketua Usrah”
supaya beliau sempat terlebih dahulu mengemukakannya kepada “Pucuk Pimpinan”. Jangan dibuat
keputusan mengenai sesuatu perkara dengan cara terburu-buru. Tuhan mencela umat-umat manusia yang
bersikap terburu dengan firmanNya:
واذاجاءهم امرمن الامن اوالخوق اذاعوابه
Ertinya:
(Dan apabila datang kepada mereka sesuatu perkara mengenai keamanan atau ketakutan maka mereka pun terus
mencanangkannya.)
Setelah Tuhan mencela mereka yang berperangai begitu maka Tuhan tunjukkan pula apa-apa yang
semestinya dilakukan apabila tersua dengan suasana seperti itu. Tuhan berfirman:
ولوردوه الي الترسول والي ألي الامرمنهم لعلمه التذین یستنبطو نه منهم
Ertinya: (Kalaulah mereka kembalikannya kepada Rasul dan kepada Pihak Berkuasa dan antara mereka sendirii nescaya
orang-orang yang menimbangnya itu menge tahui hakikatnya.)
17. Perkara (3): Kajian Buku:
Hendaklah saudara-saudara mengadakan suatu kajian yang berfaedah mengenai sesebuah kitab yang
bermutu. Apabila sudah membuat kajian begitu, maka hendaklah saudara-saudara angkatan Ikhwan
beraleh pula untuk menjayakan erti “Ukhuwah” hatta dalam perkara-tunjuk “muka manis” sekalipun; dan
alangkah banyaknya perkara-perkara yang berfaedah seperti itu yang mana tentulah tidak termuat oleh
terlalu banyaknya di dalam kitab-kitab dan buku-buku. Perkara-perkara ini tentulah tidak dapat disedia
sekali gus di dalam “Taklimat-Takimat” dalam perkara perkara seperti ini; iaitu seperti menziarah orang
sakit; menolong orang-orang yang berhajat walaupun dengan hanya sekadar kata-kata yang baik; mencari
dan bertanyakan hal tentang saudara-saudara yang tidak kelihatan bersama-sama kumpulan; dan
Usrah dan Dakwah_______________________
7
menanggong bebanan saudara-saudara yang terputus rezeki. Semuanya itu dapat menambahkan lagi tali
“Ukhuwah” dan dapat melipatgandakan perasaan kasih sayang di dalam hati masing-masing.
18. Rencana Tambahan:
Untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan di antara saudara-saudara “Ikhwan Muslimin”, maka mereka
sendiri hendaklah memandang mustahak perkara-perkara yang berikut: -
(1) Mengadakan perkelahan yang bercorak kebudayaan untuk melawat ke tempat-tempat yang ber sejarah,
gudang-gudang perusahaan, dan sebagainya.
(2) Mengadakan perkelah-kelahan riadzah pada tiap tiap bulan.
(3) Mengadakan perkelah-kelahan berdayong sampan.
(4) Mengadakan perkelah-kelahan ke bukit-bukit, ke padang-padang pasir dan ke ladang-ladang.
(5) Mengadakan bermacam-macam perkelahan dengan mengguna basikal.
(6) Berpuasa seminggu sekali atau dua minggu sekali.
(7) Sembahyang Subuh berjama’ah di masjid Sekurang-kurangnya seminggu sekali.
(8) Berikhtiar seboleh-bolehnya bermalam beramai ramai seminggu sekali atau dua minggu sekali.
KEWAJIPAN ANGKATAN IKHWAN
19. Pertama: Untuk Badan Saudara:
(1) Hendaklah saudara segera berjumpa doktor untuk diperiksa kesihatan umum saudara. Jika didapati ada
apa-apa penyakit maka hendaklah saudara segera berubat. Selain dan itu hendaklah saudara sentiasa
mengambil berat tentang punca-punca kekuatan badan saudara dan cara-cara bagaimana memeliharanya
dan segi kesihatan. Di samping itu hendaklah saudara menjauhkan diri daripada sebab-sebab yang boleh
melemahkan kesihatan badan saudara.
(2) Hendaklah saudara menjaga kebersihan di dalam semua hal — iaitu samada dalam rumahtangga,
pakaian, makan minum, tubuh badan, maupun tempat bekerja dengan sebersih-bersihnya; kerana Islam itu
diasaskan di atas dasar “Kebersihan”.
(3) Hendaklah saudara tidak meminum kopi atau teh berlebih-lebihan dan apa-apa jua minuman penyegar
seperti itu; malah seboleh-bolehnya cubalah jangan sama sekali menghisap rokok.
(4) Hendaklah saudara mengamalkan apa-apa jenis riadzah badan walaupun dengan cara hanya sekadar
berjalan-jalan kaki sahaja; dan hendaklah saudara menjadi ahli di dalam mana-mana “Pasukan
Pengembara” jika umur saudara menasabah dengannya.
(5) Hendaklah saudara menjauhkan diri sama sekali daripada arak, minuman-minuman keras yang
memabukkan, dan minuman-minuman yang boleh melemahkan kesihatan badan atau apa jua minuman
yang merbahaya seperti itu.
20. Yang Kedua: Untuk Akal Saudara:
(6) Hendaklah saudara dapat membaca dan menulis dengan baik. Hendaklah saudara belajar membaca dan
menulis jika saudara belum dapat berbuat demikian. Hendaklah saudara sentiasa bermutala’ah dapat
berbuat demikian. Hendaklah saudara sentiasa membaca akhbar-akhbar dan majalah-majalah. Hendaklah
juga saudara mempunyai sebuah kutub-khanah khas untuk saudara sendiri walaupun kecil supaya saudara
ber peluang mendalamkan ilmu pengetahuan dan kepandaian yang sudah ada pada diri saudara jika
saudara adalah termasuk ke dalam mana-mana golongan iktisas dalam satu-satu bidang pengetahuan.
Saudara hendaklah juga memiliki pengalaman berkenaan urusan-urusan Ugama Islam kira-kira
membolehkan saudara menggambarkan hakikatnya dan menimbang samada cucuk atau tidak satu-satu
perkara itu dengan tujuan-tujuan Dakwah’ kita.
(7) Hendaklah saudara dapat membaca Quran dengan betul: dan juga hendaklah saudara dapat mendengar
serta memikirkan ertinya. Juga saudara dikehendaki mempelajari “Sirah” atau Perjalanan Rasulullah dan
sejarah angkatan “As-sala-fus Saa-lih” atau yang sangat “mustahak” (essential) mengenai asas-asas “Aqidah
asas-asas bagimana hukum-hukum itu bercabang, dan juga rahsia-rahsia Syari’at Tuhan.
Usrah dan Dakwah_______________________
8
21. Ketiga: Untuk Budi Pekerti Saudara:
(8) Hendaklah saudara sentiasa di dalam keadaan segar mekar dan cergas, berperasaan halus, mudah
herkesan samada terhadap sesuatu yang baik maupun terhadap sesuatu yang buruk; samada terhadap
perkataan-perkataan maupun terhadap perbuatan.
(9) Hendaklah saudara sentiasa bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta; hendaklah saudara kuat
kemahuan; dan janganlah teragak-agak di dalam sesuatu perkara, yang benar dan hendaklah saudara
sanggup menyimpan rahsia; berani mengaku kesilapan sendiri. sanggup menyedari dan mengawas diri
sendiri ketika marah.
(10) Hendaklah saudara bersikap berani; sanggup memikul bebanan; dan semulia-mulia keberanian itu ialah
berani berterang-terang dengan perkara yang benar dan hendaklah saudara sanggup menyimpan rahsia;
berani mengaku kesilapan sendiri, sanggup menyedari dan mengawal diri sendiri ketika marah.
(11) Hendaklah saudara bersikap gagah dengan cara sentiasa bersungguh di dalam sesuatu perkara.
Kegagahan sikap seperti itu tidaklah pula sampai menghalang saudara dan bergurau dengan yang benar
dan ketawa dengan senyum dan dengan tidak mengada ngada.
(12) Hendaklah saudara menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang jahat dan daripada kawan yang rosak
seperti mana saudara juga hendaklah menjauhkan diri daripada tempat maksiat dan dosa.
22. Keempat: Untuk Saku Saudara:
(13) Hendaklah saudara membuat apa juga kerja yang halal yang boleh mendatangkan rezeki sekalipun
kalau saudara sudah kaya-raya; dan juga hendaklah saudara memilih kerja yang bersungguh dan
mencubakannya seberapa daya upaya walaupun kerja itu sukar; bahkan hendaklah saudara bertekun
sehingga berjaya di dalam satu-satu kerja.
(14) Janganlah saudara terlalu sibuk mencari kerja di pejabat-pejabat Kerajaan. akan tetapi janganlah pula
saudara menolaknya jika peluang mendatang: dan janganlah lepaskan kerja yang sudah saudara dapat
kecuali jika kerja itu henar-benar berlawanan dengan tugas-tugas Gerakan Dakwah kita.
(15) Hendaklah saudara sentiasa berjaga-jaga supaya dapat menunai tugas saudara dengan cukup amanah
tentang kelicinan dan ketertihan pekerjaan itu; dengan sekali-kali tidak menipu; bahkah hendaklah saudara
menunaikan kewajipan itu dengan tepat pada waktunya dan tepat pada masa janjinya.
(16) Hendaklah saudara menjauhkan diri dari permainanjudi walaupun apa jua pun coraknya, dan
walauapa pun jua tujuan yang ada disebaliknya. Hendaklah juga saudara menjauhkan diri daripada caracara
penghasilan haram walaupun disebaliknya itu terdapat keuntungan yang segera.
(17) Hendaklah saudara menjauhkan diri daripada amalan riba di dalam apa jua mu’amalah jual-beli, malah
hendaklah saudara membersihkan diri sama sekali dan sebarang aliran riba itu.
(18) Hendaklah saudara menyimpan sebahagian daripada wang saudara untuk masa kecemasan walaupun
simpan itu sedikit sahaja, dan janganlah sekali-kali saudara-saudara terjerumus ke dalam perbelanjaan
perbelanjaan yang tidak mustahak.
(19) Hendaklah saudara memerangi tempat-tempat permainan kotor; jangan menghampirinya, dan
hendaklah saudara menjauhkan diri daripada cara hidup bermewah-mewah, berlebih-lebihan dan
membazir.
(20) Hendaklah saudara mengguna harta umum umat Islam itu kepada jalan-jalan yang menggalakkan
perusahaan dan pembangunan ekonomi Islam. Hendaklah saudara berjaga-jaga supaya jangan sampai
keciciran wang itu walau sekupang sekalipun ke tangan pihak yang bukan Islam walau dalam apa jua
keadaan sekalipun. Hendaklah saudara jangan memakai melainkan barang-barang buatan tanah air saudara
sendiri.
(23) Yang Kelima: Untuk Orang Lain:
(21) Hendaklah saudara berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum walauapa pun jua
perkaranya. Janganlah saudara lupakan kebaikan orang lain sebab saudara marah; dan sebaliknya pula,
janganlah saudara memejam mata daripada kejahatan kejahatan mereka — itu sebab saudara sayang. Budi
baik orang lain hendaklah dikenang walaupun ketika dalam keadaan permusuhan. Hendaklah saudara
bercakap benar walaupun terhadap diri sendiri atau terhadap orang yang paling hampir dengan saudara
sekalipun cakapan yang benar itu pahit dan maung akibatnya.
Usrah dan Dakwah_______________________
9
(22) Hendaklah saudara cergas dan terlatih dalam membuat perkara-perkara kebajikan am. Kecerdasan ini
dapat diukur dengan perasaan gembira saudara ketika saudara dapat memberi khidmat kepada orang lain
untuk mencapai maksud ini hendaklah saudara menziarahi orang-orang sakit, menolong orang-orang yang
berhajat, menanggung bebanan orang-orang yang lemah dan melapangkan dada orang-orang yang ditimpa
kemalangan atau bencana walaupun hanya sekadar dengan cakap-cakap yang “melegakan hati”. Tegasnya,
hendaklah saudara segera melakukan kebajikan walau apajua pun coraknya.
(23) Hendaklah saudara bersifat belas-kasihan dan bertolak-ansur. Dalam hal ini hendaklah saudara memaaf
dan mengampun kesilapan-kesilapan orang lain. Belas kasihan ini bukan sahaja terhadap sesama manusia
akan tetapi juga terhadap makhluk haiwan. Hendaklah saudara bermu’amalah dengan orang lain secara
yang baik; sentiasalah berkelakuan baik terhadap orang ramai dan hendaklah saudara memelihara sopan
santun secana Islam dalam pengaulan sehari-hari — iaitu dengan cara menaruh perasaan belas kasihan
kepada yang kecil dan menghormati yang tua, melapangkan tempat ketika di dalam mana-mana majlis
perhimpunan ramai. Janganlah saudara mengintai-ngintai atau mengumpat-ngumpat; jangan menceroboh
bahkan hendaklah saudara terlebih dahulu meminta izin ketika hendak masuk ke satu-satu tempat dan
begitu juga ketika hendak keluar dan sesuatu tempat.
(24) Hendaklah saudara meminta hak saudara dengan cara yang baik dan hendaklah menunai hak orang
lain dengan sepenuhnya dengan tidak payah dituntut dan dengan tidak lengah-lengah lagi.
24. Yang Keenam: Untuk Gerakan Dakwah Saudara:
(25) Hendaklah saudara melepaskan diri daripada berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang
tidak memberi faedah kepada pergerakan Dakwah kita terutama jika saudara disuruh berhubung dengan
badan-badan atau kumpulan-kumpulan seperti itu.
(26) Hendaklah saudara sedaya upaya berusaha menghidupkan adat-adat yang bercorak Islam dan
sebaliknya memerangi adat-adat dagang dalam semua lapangan hidup. Di antara adat-adat ini ialah caracara
memberi hormat, bertutur bahasa, bahasa itu sendiri, sejarah, pakaian dan masa-masa bekerja (office
hours).
(27) Hendaklah saudara tidak menonjolkan diri (iaitu memulau) apa jua mahkamah “bukan Islam”; iaitu
dengan jalan saudara tidak berhakimkan kepadanya kecuali jika terpaksa; begitu juga saudara janganlah
pergi ke kelab-kelab yang bukan Islam, akhbar-akhbar, kumpulan-kumpulan, sekolah-sekolah dan badan
badan serta perbadanan-perbadanan yang menentang ideology Islam. Pemulauan ini hendaklah saudara
lakukan dengan cara yang bersungguh-sungguh.
(28) Hendaklah saudara kenal siapa dia anggota anggota “Cawangan” yang saudara sendiri berada di
dalamnya; saudara hendaklah kenal mereka itu tiap-tiap seorangnya dengan kenalan yang penuh dan di
samping itu saudara pula hendaklah memperkenalkan diri saudara kepada mereka dengan sejelas-jelasnya
sambil menunjukkan bahawa saudara benar-benar merasai kasih sayang, penghargaan, sanggup bertolong
tolongan; dan saudara hendaklah membuktikan bahawa saudara mengutamakan kepentingan mereka ke
atas kepentingan diri saudara sendiri. Saudara janganlah tidak menghadiri majlis mereka itu kecuali dengan
sebab-sebab yang sangat memaksa dan tidak dapat dielakkan sama sekali. Tegasnya, saudara hendaklah
membuktikan di dalam mu’amalah sehari-hari bahawa saudara betiar-benar mengutamakn mereka ke atas
diri saudara sendiri dan menunjukkan kasih sayang saudara kepada mereka sepanjang masa.
(29) Hendaklah saudara menyumbangkan sedikit dan harta punya saudara untuk pergerakan Dakwah kita
ini, dan janganlah lupa mengeluarkan zakat yang wajib. Seboleh-bolehnya hendaklah saudara
menguntukkan sedikit dan harta punya saudara itu untuk menolong pengemis-pengemis dan orang-orang
yang terputus rezeki walaupun pendapatan saudara sendiri amat kecil.
(30) Hendaklah saudara bekerja untuk menyiarkan seruan Dakwah Ideology kita ini pada segenap telok dan
rantau; dan juga hendaklah saudara corakkan rumah tangga, keluarga dan sesiapa jua yang berhubung
dengan saudara dengan corak keislaman. Hendaklah saudara memberitahu suasana yang mengelilingi diri
saudara kepada Pucuk Pimpinan. Dan hendaklah saudara sentiasa berhubung rapat dengan Pucuk
Pimpinan dan segi jiwa dan amalan malah saudara hendaklah terlebih dahulu meminta persetujuan mereka
dalam setiap langkah yang penting di samping menganggap diri saudara sendiri sebagai seorang askar yang
sentiasa di dalam keadaan “siap sedia” dan hanya menunggu perintah untuk bertindak.
25. Yang Ketujuh: Untuk Tuhan Saudara:
(31) Hendaldah saudara jangan terputus dan mengawasi Allah tabaraka wa-ta’ala. Sentiasalah berniat ikhlas
kerana Allah dalam sebarang pekerjaan. Saudara hendaklah sentiasa beringat-ingat serta bersedia untuk ke
Usrah dan Dakwah_______________________
10
Akhirat; iaitu dengan jalan beramal dengan ibadat-ibadat yang Sunnah untuk menghampirkan diri kepada
Allah; hendaklah saudara membanyakkan zikrullah dalam semua hal serta berdoa dengan doa-doa yang
ma’thur yang pernah diamalkan oleh Rasulullãh dalam setiap keadaan.
(32) Hendaklah saudara mengamalkan wirid -wirid yang khas bagi Ikhwan Muslimin dan janganlah
saudara mengecualikannya melainkan sebab satu-satu keadaan yang cemas dan memaksa.
(33) Hendaklah saudara memelihara kebersihan samada tentang perkara-perkara yang nyata maupun
perkara perkara ma’anawi; dan seboleh-bolehnya hendak saudara sentiada berada di dalam keadaan
berwudhu.
(34) Hendaklah saudara tahu sembahyang dengan betul dan menunaikannya pada waktu-waktunya yang di
tentukan, dan seboleh-bolehnya hendaklah saudara selalu ke majlis dan berjama’ah di sana.
(35) Hendaklah saudara berpuada pada bulan Ramadan dengan baiknya.
(36) Hendaldah saudara menunai fardu Haji jika mampu; akan tetapi jika belum mampu, maka hendaklah
saudara bekerja untuknya dan sekarang lagi.
(37) Hendaklah saudara sentiasa membaharui taubat dan isti’ghfar meminta ampun kepada Tuhan. Saudara
hendaklah menjauhkan diri daripada segala dosa — bukan sahaja dosa-dosa besar tetapi juga hatta dosadosa
kecil pun hendakdah saudara jauhinya.
Hendaklah saudara menjaga masa kerana masa itu adalah umur saudara; oleh itu hendaklah saudara
menjauhkan diri daripada perkara-perkara subahat iaitu perkara-perkara yang samar-samar hukumnya
supaya dengan menjauhkan diri danipadanya saudara tidak terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram.
(38) Hendaklah saudara melawan diri sendiri dengan sehebat-hebatnya supaya mudah saudara memimpin
diri sendiri. Kawalilah mata dan perasaan hati sendiri, dan kuasailah desakan-desakan kemahuan
semulajadi di dalam diri saudara dan halakanlah semuanya itu kepada perkara-perkara yang halal lagi baik.
Elakkan diri daripada apa jua perkara yang haram walau apapun jua coraknya.
26. Dan Untuk Semuanya Tadi:
(39) Hendaklah saudara sentiasa berada di dalam keadaan niat berjihad dan untuknya sedaya upaya.
(40) Sebelum tidur hendakiah saudara menguntukkan masa selama satu jam untuk menyoal diri sendiri
tentang sejauh.mana dan sebanyak mana saudara menunaikan kewajipan ini? Jika saudara dapati
jawapannya baik maka bersyukurlah kepada Allah; akan tetapi jika saudara dapati kekurangan maka
pintalah ampun kepada Allah dan bertaubatlah kepadaNya, malah hendaklah saudara pinta pertolong an
daripadaNya kerana Allah itu sebaik-baik Pengawal dan sebaik-baik Pembantu.
SEPULUH WASIAT
Bacalah — Renungilah — Kemudian
Terus Beramal
(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan
sekalipun.
(2) Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik
ataupun. amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun
dalam perkara yang tidak berfaedah.
(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab
yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).
(4 Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak
memberi sebarang apa pun jua kebaikan.
(5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi
tenteram.
(6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh
sungguh dalam setiap perkara.
Usrah dan Dakwah_______________________
11
(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana
percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
(8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan
janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya
sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan
berkenal-kenalan.
(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah
saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika
saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.
PESAN TERAKHIR
Wahai MUJAHID DAKWAH!
Puluhan tahun lamanya, pendengaran, pergaulan, ketekunan, kegiatan berjuang, kerana jerih payah dan
pembantingan tulang yang tiada hentinya, engkau telah kaya dengan pengalaman.
Engkau sekarang telah jadi.
Engkau telah memiliki pengertian dan ukuran, engkau telah turut menentukan jarum sejarah seperti orang
lam.
Engkau telah sampai pula ke batas sejarah, kini dan nanti.
Engkau telah memenuhi hidupmu dengan tekun dan sungguh, ikut memikul yang berat menjinjing yang
ringan, membawa batubata untuk membangun gedung Ummat ini.
Engkau tebus semua itu dengan cucuran keringat dan airmata, kesengsaraan dan penderitaan.
Kawan hidupmu yang menyertaimu dalam segala suka dan duka, telah tak ada lagi.
Ia tak sempat menghantarmu sampai ke batas perhentian. Tengah jalan dia pulang, dan engkau
ditingga]kannya di daerah kesepian.
Di atas kuburnya telah tumbuh rumput, daunnya subur menghijau.
Bunga suci aku lihat tumbuh pula di atas pusara sepi itu.
Tangan siapa gerangan yang menanamnya, aku tak tahu.
Biarkan dia tumbuh menjadi. Akan tiba juga masanya bunga suci itu mekar-mengumtum.
Eva dan Sofia akan memetik dia kelak, akan mempersunting dia penghias sanggulnya.
Sudikah engkau menulis nisan-kenangan di atas kuburnya, sebagai tanda pembalas jasa, kerana dialah tolan
penolong engkau di medan bakti?
Wahai MUBALIGH ISLAM!
Tanganmu telah ikut menulis sejarah. Sejarah perjuangan Umat, sejarah menegakkan Cita dan Agama,
Benang yang engkau sumbangkan telah memperindah sulaman tarik dari Umat ini.
Engkau kini telah menemui bentukmu, sesuai dengan bakat dan kudratmu.
Engkau tidak lagi anak kemarin, tetapi anak kini dan akan pulang lagi meninggalkan bengkalai ini.
Sebagai seroang Jurubicara Umat Islam, engkau telah mempunyai ukuran dan alat penilai; sampai di mana
kita dan hendak ke mana lagi. Pengalaman yang engkau perolehi dan perjalanan yang jauh, akan berguna
dan bermakna dalam mencari kemungkinan bagi langsungnya prijuangan Cita ke depan.
Keyakinan yang engkau miliki, jalan panjang yang engkau tempuh selarut selama ini, getir yang engkau
derita, segala itu dapat engkau pakai untuk merumuskan bagaimana lagi perjuangan Umat Islam ke depan
— setelah ini.
Paparkanlah semua itu kepada generasi muda yang akan mengganti engkau!
Ambillah kesimpulan dan kekeliruan dan kegagalan masa lampau.
Usrah dan Dakwah_______________________
12
Belajar dari masa lalu, terutama belajar dari kekeliruan dan kegagalan yang engkau alami sendiri, dan
teman seiringmu juga.
Bukankah kerap engkau benar dalam pendirian tapi salah dalam perhitungan?
Benar dalam prinsip tapi keliru dalam cara? Kejujuran dalam perjuangan memesankan, agar kita mengakui
terus terang kekeliruan dan kelemahan diri. Yang demikian itu penting untuk menyusun paduan masa
datang, mengendalikan kehidupan Cita dan Agama.
Dalam kekeliruan, kita dapat mengambil makna dan guna.
Kita keliru kerana kita telah berbuat. Ruh-intiqadi yang engkau miliki, janganlah pula engkau pakai untuk
melenyapkan segala harga dan nilai, dan angkatan lama yang telah berbuat itu. Mereka adalah anak dan
zamannya, dan telah memenuhi tugasnya pula.
Cahaya dan pelita lilin yang lemah serta lembut itu perlu juga dihargai, kerana ia teiah berjasa memecahkan
sudut-sudut yang gelap.
Wahai si JURU DAKWAH!
Kini engkau telah sampai ke tonggak sejarah. Di atas pendakian sunyi tidak kesibukan, terletak
pesenggarahan lama, patilasan orang lalu setiap waktu. Dan tempat itu hidup kenangan lama. Masa lalu
penuh keharuan dan kenangan.
Duri dan derita, dera dan kepapaan, keringat dan airmata.
Tapi ia indah dalam kenangan dan lukisan kalbu. Engkau pandanglah masa depan dengan Basyirah,
dengan horizon yang tajam.
Memanjang jauh ke muka, sampai ke kaki langit.
Tahukah engkau, bahawa engkau hanyalah sebuah mata dan rantai sejarah yang panjang itu? Telah lalu
beberapa kafilah dan kehidupan yang sayup, dan mereka telah berbuat sesuai dengan zamannya. Sungai
airmata dan titisan darah sepanjang jalan yang membentang dan pangkal hingga ke hujung yang tidak
kelihatan, adalah kalimat yang memberitakan, bahawa angkatan silam telah mengembangkan sayap
kegiatan mereka dengan segala kesungguhan dan kepenuhan. Romantik dan heroik zaman silam masih
menggemakan gentasuara di tengah sahara kekinian, meninggalkan pesan kehidupan yang penuh dan
menyeiuruh kepada angkatan kemudian.
Daftar para Syuhada’ itu telah panjang, dan dalam perut bumi telah memutih tulang sebagai saksi kepada
yang hidup, bahawa mereka telah datang dan telah pulang tidak sia-sia.
Dan celah-celah kuburnya kedengaran jua suara halus memuat amanat perjuangan kepada generasi kita
yang masih hidup.
Dan lihatlah pula kafilah hidup yang sudah mendesak juga ke batas perhentian.
Masa kini rupanya “lah laruik sandjo” bagi mereka, dan waktu pamitan tak lama lagi
Wahai si TUKANG SERU!
Emtah berapa lagi jatah umar engkau yang masih tinggal, kita tak tahu.
Tahukah engkau, pekerjaan besar ini tidak akan selesai di tangan engkau?
Sejarah berjalan terus, lampau dan datang, kini dan nanti.
Tahukah engkau, bahawa dibelakang kalimat sejarah itu belum ada titik?
Masa yang akan datang penuh rahsia, tersimpan dalam kandungan ghaib, misteria gelap bagi kita. Masa
silam dapat engkau baca dalam halaman sejarah; masa yang akan datang masih gelap tak ada yang tahu?
Tahukah engkau, kumandang zaman datang dapat juga kita ketahui dan puncak zaman sekarang? Dalam
kekinian mengandung juga roman zaman yang akan tiba.
Engkau kini berada di antara dua ufuk yang bertentangan, dua kutub yang tidak serupa. Engkau kini
berada antara idealisme dan realisme dunia.
Idealisma yang engkau miiki dan realisme dunia yang engkau hadapi.
Usrah dan Dakwah_______________________
13
Antara kedua kutub itu engkau tetap dalam lensa sorotan. Lensa sorotan sejarah yang berjalan terus dan
sentiasa.
Sanggupkah engkau lalu di tengah-tengah dua kutub yang bertentangan ini?
Masih kuatkah kaki engkau berjalan di antara dua dunia yang saling bertentangan itu?
Wahai MUSAFIR yang sedang lalu!
Jalan ini masih panjang, rantau masihjauh!
Dengan Al-Quran ditangan kanan dan kain kafan di tangan kiri, teruskanlah peijalanan ini.
Berjalan dan melihat ke muka, menggunakan sisa umur yang masih ada.
Entah bila akan sampai ke tempat perhentian, engkau tak tahu, — aku pun tidak.
Di tengah laut lepas dan luas, pencalang ramping itu telah jauh ke tengah.
Awan menyerang kiri dan kanan, gelombang mengganas dan badai menghempas.
Pencalang ramping itu naik turun mengikut amukan air. Jurumudi mendapat ujian.
Berpirau melawan arus, pesan seorang pemimpin, dijadikan pedoman dalam hati.
Kemudi dan pimpinan bertanggungjawab atas ke selamatan pelayaran ini.
Kini kita telah jauh berada ditengah. Pelabuhan tempat bertolak tiada kelihatan lagi, sedang ranah-tanah
tapi belum jua tampak.
Wahai MUJAHID ISLAM!
Akhirnya pelayaran ini sampai juga ke pantai, berkat jurumudi yang piawai memegang pimpinan. Engkau
dan Umat ini kini harus berjalan kaki, menggunakan tenaga diri sendiri.
Tak ada tolan penolong selain Dia semata, yang melindungi kita dan awal mula sampai hari ini.
Jalan masih panjang, rantau Cita masih jauh. Ufuk-ufuk baru kelihatan juga, tambah dijelang tambah jauh
rasanya.
Kafilah itu lalu dan berjalan terus, menempuh laut sahara tiada bertepi.
Sunnah perjalanan alam membawa kata pasti: setelah malam kelam ngeri ini fajar pagi yang indah akan
menyingsing.
Di atas asap yang tebal, terbentang langit cerah yang biru.
Gelap dan gelita alam, lapisan kabus tebal dan berat. Di halaman langit tak ada bintang.
Berfikirlah sejenak dan melihatlah ke atas ada sebutir terang mengirim sinar ke bumi.
Sebuah bintang itu jadilah, kerana ada pedoman bagi kafilah di tengah sahara luas.
Pelaut yang arif selalu mendapat alamat dan sebutir terang di halaman langit.
Wahai UMAT RISALAH!
Dengarlah suara Bilal bergema dan ufuk ke ufuk!
Dengarlah seruan azan bersahut-sahutan dan Menara ke Menara!
Renunglah suara Takbir berkumandang di mana mana, memanggil Umat ini dengan kalimat sakti: Hayya
‘alah Syalah! Hayya ‘ala! Falah! Marilah Sembahyang, marilah Menang!
Engkau pandanglah Umat Jama’ah itu berdiri bersyaf-syaf di belakang seorang Imam, Ruku’ dan Sujud
bersama-sama.
“Suatu pandangan dari udara atas dunia Islam pada saat sembahyang, akan memberikan pemandangan dan
sejumlah lingkaran konsentrasi yang terdiri dan kaum Muslimin, dengan jari-jarinya yang bertitik-pusat di
Ka’bah di Mekah, dan yang terus mengambil tempat yang lebih luas, dan Sierra Leone sampai ke Kanton
dan dan Toboisk sampai Tanjung Pengharapan”, — demikian Philip K. Hitti melukiskan kaum Muslimin
dikala menyembah Tuhannya. (1).
Usrah dan Dakwah_______________________
14
Engkau lihatlah mereka di dalam Masjid yang sudah tua tidak terurus, surau yang hampir roboh kerana
tekanan masa, dengan sepi di tengah sawah; dengan pakaian yang compang-camping dan tenaga lemah,
masih berdiri menegakkan Splat. Kaum Muslimin itu masih tetap melakukan ‘ibadah kepada Tuhannya,
memanjatkan doa ke hadrat Ilahi semoga segera datang tangkisan ghaib dan udara menolong kaum yang
lemah.in
Wahai Tuhanku, kalaulah adalah di antara Umat ini yang berhak menerima Ridha dan Ma’unahMu, —
kalau adalah di antara Umat ini yang berhak menerima bantuanMu, mereka itulah dia!
Merekalah yang berhak menerima gemilang sayang Mu
dan arahan Rahim Mu: menegakkan yang lemah, mengangkat kaum yang tertindas!
Wahai UMAT DAKWAH!
Amanat perjuangan itu kini jatuh ke tangan kaum yang lemah Dhu’afa dan Fuqara; tenaga lemah dan dana
tak ada.
Di tangan kaum yang lemah itu tersimpan kekuatan Umat ini. Rahsia kejayaan dan kemenangan, bulat
seluruhnya dalam genggaman mereka.
Innama tunsyaruna wa turzaquna bidlu ‘afaikum! (Hadis).
Kamu akan mendapat kemenangan hanya dengan bantuan kaum yang lemah di antara kamu.
Bimbinglah tangan Umat ini kembali, bawa mereka ke jalan yang benar!
Jangan dibiarkan Umat ini ditelan kesepian; jangan dibiarkan Umat ini ditakuti oleh hantu-kesangsian,
tanpa pimpinan.
Hidupkan terus api idealisme dan kembangkan sentiasa optimisma dan enthousiasme. Sinarkan apatisme
dan fatalisme, lenyapkan defaitisme, menyerah kepada keadaan atau menjadi budak dan kenyataan!
Denyutkan kembali jantung Umat ini!
Wajarkan kembali aliran darah Tauhid mereka!
Tuhan telah menjanjikan kurnia dan bantuan kepada kaum yang lemah, kaum yang tertindas di bumi.
( إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ یَهْدِي مَن یَشَاء وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِینَ ( 56
“Dan Kami hendak menumpahkan budi atas mereka yang ditindas di bumi, dan Kami hendak menjadi
kan mereka Pemimpin, dan Kami hendak menjadikan mereka mewarisi bumi. Dan Kami hendak
meneguhkan kekuasaan untuk mereka di bumi.”
Al Qashash: 516.
Wahai UMAT PILIHAN !
Kamu adalah kaum Muslimin, nama pilihan dan panggilan kehormatan yang diberikan Tuhan dan dahulu
sampai hari ini.
Kamu bukanlah golongan “mustalimin” kaum yang menyerah — kalah kepada kenyataan.
Sebagai Umat yang berIman, hadapi kenyataan hidup ini dengan kesedaran dan keinsafan, kewaspadaan
dan keperwiraan.
Hadapilah kenyataan di bumi dengan ketenangan jiwa dan keyakinan hidup!
Hanya dengan ketenangan jiwa dan keyakinan hidup, hanya dengan Sakinah dan Muthamainah itulah
kamu bermakna dan berguna hidup di tengah-tengah manusia di dunia.
Hanya dengan ‘Aqidah yang kuat dan qa’idah yang jelas, kamu dapat menempuh kehidupan ini.
Hanya dengan Wijhah hidup yang tegak dan khitah perjuangan yang cerah serta terang, kamu dapat
membawa Umat ini ke tepi ufuk ke Ridhaan Ilahi. Tegakkan ‘Aqidah Islamiah dalam dada Umat, subur kan
“Ibadah!”
Usrah dan Dakwah_______________________
15
Susun Umat ini dalam pola Jama’ah menurut tauladan Sunnah, akhini Firqah!
Jama’ah adalah kekuatan dan kesatuan; Firqah adalah kelemahan, remuk dan kehancuran.
Hamparkan kembali tikar Ukhwah Islamiah dan Ukhwah Imaniyah di kalangan Umat Islam ini, tanamkan
Mahabbah dan Marhamah!
Wahai ANGKATAN KINI!
Tak lama lagi engkau akan kembali pulang, memberi laporan kepada Tuhan, mempertanggungjawabkan
segala amal, jasa dan karyamu di dunia. Tinggalkan bengkalai ini kepada generasi muda yang akan datang
mengganti.
Hidupkan dinamik dan militansi muda Islam, yang akan menggantikan kamu setelah kamu tak ada, yang
akan meneruskan pekerjaan yang belum selesai ini. Janganlah kamu hendak hidup seperti pohon beringin
besar, yang ingin hidup sepanjang abad, dan tidak memberi kesempatan kepacla tunas-tunas baru tumbuh
dan menguntum di sekeliling.
Risalah dan Amanah ini tidak akan selesai di tangan engkau sendiri.
Susun dan sediakan Tenaga Baru, yang berbakat dan berkarekter, yang akan melanjutkan perjuangan ini
dengan segala keyakinan dan keperwiraan.
Tahukah engkau, salah satu sebab dan kelemahan Umat Islam ialah tiadanya atau kurangnya kadar yang
berwatak, kadar pemikir dan pejuang yang sanggup menggantikan angkatan lama? Tulang dan tenagamu
yang sudah semakin lemah, jatah umurmu telah semakin kurang memesankan kepadamu supaya mencari
ganti dihari kini.
Patah tumbuh hilang berganti; jangan ada “vacuum” pimpinan atau fathrah pedoman kelak terjadi di
kalangan Umat Islam.
Wahai ANGKATAN BARU!
Siapkanlah dirimu untuk menggantikan angkatan tua, mereka akan pulang takc lama lagi. Janganlah
engkau menjadi pemuda kecapi suling, yang bersenandung meratapi tepian yang sudah runtuh,
mengenangkan masa silam yang telah pergi jauh. Janganlah engkau membuat kekeliruan lagi seperti pernah
dilakukan oleh angkatan yang engkau gantikan. Teruskan perjalanan ini dengan tenaga dan kakimu sendiri.
Dada bumi cukup luas untuk menerima kehadiranmu.
Penuhilah segenap udara in i dengan kegiatan dan ketekunan, sungguh dan penuh.
Hadapilah tugas mahaberat ini dengan jiwa besar, dengan dayajuang api semangat yang nyalanya kuat dan
keras.
Pupuklah Ruhul-Jihad, semangat revolusioner, radikal dan progressif dalam jiwamu, dan bertindaklah
sebagai laki-laki dengan perhitungan yang nyata dan pertimbangan yang matang.
Perkayalah dirimu dengan meneladan kepada masa silam, di mana ada yang rebah dan ada yang bangun,
ada yang jatuh dan terus berdiri lagi. Kamu tidak boleh menjadi “plagiator” dan angkatan lama, dan tidak
boleh pula menepuk dada serta meniadakan segala harga dan nilai, jasa dan karya dan angkatan lama.
Mereka kaya dengan pengalaman, engkau kaya dengan cita-cita.
Padukanlah pengalaman angkatan lama dengan nyala citamu!
Sejarah ini telah lama berjalan bergerak dan berkembang. Kamu hanyalah tenaga penyambung
menyelesaikan bengkalai yang belum selesai. Meneruskan pekerjaan besar, sundut bersundut, dan
keturunan yang satu kepada keturunan yang lain, angkatan kemudian angkatan.
Kafilah hidup ini adalah ibarat gelombang di lautan; menghempas yang satu, menyusul yang lain; memecah
yang pertama datang yang kedua.
Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah, dan lakukanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan
dan kesabaran!
Usrah dan Dakwah_______________________
16
Insafilah kedaulatanmu sebagai Pemuda Angkatan Baru, yang hendak menggantikan manusia tua angkatan
lama. Tidaklah sama dan serupa antara kedua angkatan zaman itu, kerana sejarah berjalan sentiasa menurut
hukum dinamika dan hukum dialektika.
Wahai UMAT QURAN!
‘Aqidah dan Wijhah hidupmu menyuruh engkau tampil ke depan, mengkutbahkan, “Suara Langit” di
bumi. Isilah fungsimu dengan kegiatan dan kesungguhan; jalankan Amanat ini dengan segala kepenuhan
dan ketekunan.
Dunia dan Kemanusiaan menunggu pimpinan dan bimbinganmu. Bumi menantikan “Cahaya Langit” yang
mampu menyapu kegelapan.
Jaga dan peliharalah jangan sampai “jambatan” ini runtuh, agar hubungan Bumi dengan Langit tidak patah
atau terputus.
(1) Qum, Faanzir !
Bangkit dan berdirilah, susun barisan dan kekuatan. Barisan dan kesatuan Umat.
Canangkan seruan dan ancaman. Seruan kebenaran dan ancaman kebinasaan jika menolak atau menentang
kebenaran. Gemakan sentiasa Kalam Ilahi, kumandangkan selalu suara dan seruan kebenaran.
Sampai peringatan ini ke kuping segala Insan! Gempitakan kepada dunia dan kepada manusia ajaran agama
Tauhid, ajaran Cita dan Cinta.
(2) Worabbaka fakabbir
Besarkan Tuhanmu, di atas segala! Tiada kebenaran yang menyamai KebesaranNya. Tiada kekuasaan yang
menyamai KekuasaanNya. Tiada urusan atau kepentingan yang lebih dan urusan dan kepentingan
menjalankan perintahNya. Kecil semuanya dihadapan Allahu Akbar. Fana, lenyap dan binasa segala dalam
ke BaqaanNya. Tiada ketakutan selain dan lazab, siksaNya yang akan menimpa.
Tiada harapan selain dan ke RidhaanNya belaka. Tiada kesulitan apabila ruh telah bersambung dengan
Maha Kebesaran dan Maha Kekuasaan Tuhan yang Tunggal itu.
(3) Wathiabaka fathahhir!
Bersihkanlah dirimu, lahir dan batinmu! Hanya dengan kesucian ruh jua Amanah dan Risalah ini dapat
engkau jalankan.
Risalah dan Amanah ini adalah suci. Dia tidak boleh dipegang oleh tangan yang kotor, jiwa yang berlumur
dosa dan noda.
Hanyalah dengan kesucian ruh engkau dapat memikul tugas dan beban berat ini.
Sucikanlah dirimu, lahir dan batin, baru engkau ajar manusai menempuh tugas dan beban berat ini.
Thahirum muthahir suci dan mensucikan, itulah peribadi Mukmin yang sejati.
Tangan yang berlumur darah maksiat tidak mungkin akan berbuat khairat kepada dunia dan manusia. Jiwa
yang kotor dan penuh dosa tidak mungkin akan memberikan isi dan erti dunia dan manusia.
(4) Warrujza fahjur !
Jauhilah maksiat, singkiri mungkarat! Dosa itu akan menodai dirimu, akan menghitamkan wajah
riwayatmu.
Engkau tidak akan sanggup menghadap, jika mukamu tebal dan hitam dengan dosa dan maksiat, Namamu
akan cemar dihadapan Rabbi, kalau laranganNya tidak engkau singkiri dan jauhi.
Bersihkanlah keluargamu, jiran dan tetanggamu, masyarakat bangsamu dan maksiat dan mungkarat dan
dosa dan noda.
Bangsa dan Negaramu akan karam-tenggelam dalam lembab kehancuran dan kebinasaan, jikalau maksiat
dan mungkarat telah menjadi pakaiannya. Makruf yang harus tegak dan mungkar yang harus roboh, adalah
program perjuanganmu. A1-Haq yang mesti dimenangi dan bathil yang harus dibinasakan, adalah acara
dan jihadmu.
Usrah dan Dakwah_______________________
17
(5) Wala tumnun tastakthir’
Janganlah engkau memberi kerana harapkan balasan yang banyak!
Jalankan tugas ini tanpa mengharapran balasan dan ganjaran dan manusia ramai.
Menjalankan tugas adalah berbakti dan mengabdi, tidak mengharapkan balasan dan pujian, keuntungan
benda dan material.
Kekayaan manusia tidak cukup untuk “membalas” jasamu yang tidak ternilai itu. Bukankah tanpa engkau,
masyarakat ini akan kering dan ketiadaan Iman, kepercayaan dan, pegangan?
Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa
engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama?
Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang ke dunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan
tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan.
Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Ridhaan Tuhanmu jua.
(6) Walirabbika fasybir !
Kerana Tuhanmu, hendaklah engkau sabar!
Lakukanlah tugas dan kewajipan ini dengan segala
kesabaran dan ketahanan.
Sabar menerima musyibah yang menimpa, ujian dan percubaan yang datang silih berganti. Sabar
menahan dan mengendalikan diri, menunggu pohon yang engkau tanam itu berpucuk dan berbuah.
Tidak putus asa dan hilang harapan atau kecewa melihat hasil yang ada kerana tidak seimbang
dengan kegiatan dan pengorbanan yang diberikan. Hanya Ummat yang sabar yang akan mendapat
kejayaan sejati dan kemenangan hakiki. Hanya Ummat yang sabar yang akan sampai kepada tujuan.
Haza dzikrun!
Inilah enam peringatan dan enam arahan!
Untuk Mujahid Dakwah. Syahibud Dakwah, si Tukang Seru.
Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa
engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama?
Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang kedunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan
tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan.
Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Ridhaan Tuhanmu jua.
SYIKWA DAN JAWABI
SYIKWA
1.Dunia gelap dan gulita
Yang kuasa hanya patung dan berhala
Buatan tangan sipenyembah itu
Daripada kayu dan batu
Filsafat Yunani tak berpengaruh lagi
Hukum Rumawi telah bangkrup dan rugi
Hikmat benua Cina telah padam lena;
Tetapi bahu Muslimin kuat
Telah membungkar ilhad, dan seluruh jagat Telah memancarkan sinar baru, Tauhid dan Ijtihad
2. Diwaktu itu
Usrah dan Dakwah_______________________
18
Ya Ilahil kebun kebun didalam alam telah kehilangan nyanyi
Dan kembang tidak lagi menyebarkan harumnya
Kalau ada angin menderu, hanyalah pancaroba
Kalau suara terdengar hanyalah suara dan guruh tuhur;
Sampai datang utusan Tuhan dinegeri Mekah itu
Dia adalah ummi - telah mengajar isi bumi
Akan arti kehidupan langit
Dia telah menunjukkan kepada isi alam
Apa artinya fana’ dalam menuju yang baqa
Maka kamilah yang harum dalam kebun itu
Kami hapuskan tanda kegelapan malam
Dengan sinar cahaya subuh
Sehingga Iman kami telah laksana kegilaan dan
orang yang asyik
Kami hadapi seluruh kemanusiaan, Ya Tuhan dengan Nur
Dalam saat yang singkat, selonjak bola melayang Untuk mengenal Kebenaran, Cahaya dan Keindahan
Dunia dikala itu telah penuh oleh bangsa-bangsa dan kerajaan Saljuki, Turani dan Cina Ada kerajaan Bani
Sasan
Ada peninggalan Ruma dan Yunan Maka kami kibarkan bendera Tauhid
Kami kumpulkan segala anak manusia dan turunannya demi turunan
Dalam satu kekeluargaan; Percaya akan diKau, mentauhidkan Engkau
Kami perbaiki yang rosak, kami tegakkan yang condong
Kami pun berjuang didarat dan dilaut Menggetar suara azan kami ditempat-tempat menyembah diEropah
Berbekas sujud kening kami dipasir Sahara Afrika Kami tidak takut pada Kaisar, atau kekuasaan adikara,
Atau kemarahan raja-raja
Kami pendengarkan kepada alam, seluruhnya
Kalimat Tauhid
3. Tak ada lagi kekayaan kami yang tinggal, Ya Rabbi
Kecuali satu, iaitu kemiskinan
Tak ada lagi kekuatan kami yang tinggal, Ya Rabbi
Kecuali satu, iaitu kelemahan; padahal
Jika Muslim tak ada lagi didunia
Dunia itu sendiri pun akan hilang hancur
Kami memohon Baqa didunia ini
Kerana ingin Fana, dalam cinta akan diKau
4. Kesetiaan Siddiq, keadilan Umar, musyaf Othman Taqwa Ali, kejujuran Salman
Keindahan suara Bilal didalam azan Semuanya masih tetap kami simpan, dihati yang am
Didalam keteguhan Iman dan penyerahan bulat bulat
Bangunkanlah Ya Rabbi kami kembali
Dengan itu suara genta yang pertama kali
Usrah dan Dakwah_______________________
19
Telah Engkau bangunkan Agama ini mulanya dipuncak Faran
Maka terangilah hati siasyik ini dengan hembusan Iman
Bakar habis cintakan dunia
Dengan cetusan api cinta Mu
JAWABI SYIKWA:
1.Telah kami hamparkan tikar kurnia
Tapi, siapakah yang datang bertanya?
Telah kami rentangkan jalan raya kemuliaan
Tapi, siapakah yang terlengkup untuk melaluinya
Sungguh cahayanya telah kami pancarkan dan
Fitrat
Tetapi permata tidak menyambut sari cahaya dirinya
Seakan akan sejemput tanah ini, tidak terjadi Dari tanah Insaniah yang pertama di tempa…..
2. Benarkah kamu telah bersedia dizaman baru
Menjadi Abid Allah tentera Muhammad
Dan menjadi permata berlian menyinar cahaya dan
Agama ini?
Mana boleh, pelupuk mata mu telah berat
Buat menyambut cahaya subuh dengan takbir
salatmu dan rintihan hidup mu.
Seakan-akan perangaimu telah turut tidur dengan
pelupukmu
Apakah bedanya terang siang dengan gelap malam
Bagi orang yang tidur mendengkur ditengahhari?
Bukanlah Ramadhan tidak mengikut kemerdekaanmu
Tidak memutar belitkan kebudayaanmu.Wahai umat bercakap terus teranglah, inikah yang namanya setia
Kepada sejarahmu yang lampau dari agamamu? Ujudnya suatu kaum adalah kerana ujud agamanya
Agama pada suatu umat adalah tulang Punggung tempat ia berdaulat.
Kalau agamanya telah pergi Agamalah yang telah menyusun jadi satu barisan Kalau tak ada sandar
menyandar, di antara bintang dan bintang
Tidaklah terbentang suasana indah di langit Maka bulan pun taklah akan sanggup memancar kan
keindahan sinar
3. Lihatlah Mesjid Allah,
yang meramaikannya hanyalah orang-orang miskin Mereka hanya yang puasa, mereka yang sembahyang
Merekalah yang abid, merekalah yang berzikir Merekalah yang menutup malumu sekalian di hadapan mata
dunia
Adapun yang kaya mabuk dalam kelalaian dan menolak seruan
Adalah suatu hal yang menghairankan Bahawa agama itu yang masih suci, masih teguh binaanya
Kerana nafas orang yang kafir Kekuatan semangat tak ada lagi dalam susunan katamu yang telah basi
Ajaran yang telah diberikan tidak lagi menarik hati
Kalaulah tidak ruh Bilal yang masih ada didalamnya
Usrah dan Dakwah_______________________
20
Azan itu sendiri pun telah kehilangan keindahannya
Mesjid mu telah mati kerana kekurangan saf-saf
Mihrab dikerut lawah kerana kematian Iman
Mimbarmu berlumut dan menimbulkan jemu
Khatib dihantarkan kesana dengan pedang dan pada kayu
Tetapi rumahmu? Rumahmu penuh dengan alat kebanggaan
Dengan pangkat dan gelar-gelar,
Tun tan sri, dato’ dan lain-lain
Aku tak berjumpa Muslim didalamnya
4. Aku harapkan pemuda inilah yang akan sanggup!
membangunkan zaman yang baharu memperbaru kekuatan Iman menyalakan pelita hidayat menyebarkan
ajaran Khatimul Anbiya
Mencapkkan ditengah medan pokok ajaran Ibrahim api ini akan hidup kembali dan akan membakar
janganlah mengeluh jua, hai orang yang mengadu janganlah putus asa, melihat lengang kebunmu cahaya
pagi telah terhampar bersih dan kembang-kembang telah menyebar harum narwastu
kumbang dan lebah telah mulai mendengung mengedar
dan Syuhada, telah mengelegak dimulut kuntum tak kah kau lihat langit, alangkah jernih tak kau lihat ufuk,
burhan telah menyatakan diri hari yang baru telah pasti datang
dan syamsu akan datang dengan cahaya gemilang. Dan pandang pulalah kebumi
tidakkah engkau lihat satu kaum memetik buah dan yang lain menghapus tangan
memang banyak pohon kurma yang telah masanya berbuah
tetapi benih-benih yang baru bergerak di pelipis bumi, memecahkan
sendiri tempurungnya, melonjakkan tunas hendak melihat
cahaya dibumi,
asal dianya sentiasa disiram dan disiram dengan ajaran asli Islam, dia akan tumbuh dan suburnya
dan dunia mendapat nafas baru.
5. Khalaifafuladli akan diserahkan kembali ketanganmu
Bersedialah dan sekarang Tegaklah, untuk menetapkan ENGKAU ADA Denganmulah Nur Tauhid akan
disempurnakan kembali
Engkau minyak athar itu, meskipun tersimpan dalam kuntum yang akan mekar.
Tegaklah, dan pikullah amanat ini atas pundakmu
Hembuskan panas napasmu diatas kebun ini
Agar harum-haruman narwastu meliputi segala
Dan janganlah dipilih hidup bagai nyanyian ombak hanya berbunyi ketika terhempas dipantai
Tetapi jadilah kamu air bah, mengubah dunia dengan amalmu
Kipaskan sayapmu di seluruh ufuk
Sinarilah zaman dengan nur imanmu Kirimkan cahaya dengan kuat yakinmu
Patrikan segala dengan nama Muhammad.
Dan tarikan nafas: IQBAL
Usrah dan Dakwah_______________________
21
Pesan Terakhir (Sajak oleh Syed Qutb)
Sahabat…
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakaniah obor untuk umat ini
Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan
Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana
Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.
Sayyid Qutub-1966